Followers

Friday, July 31, 2009

Puding Roti Marble

Salam...

Rindunye dengan rumah kedua kite ni... sian terpaksa disisihkan buat beberapa ketika sebab kite ade hal. Ade projek yang nak dilaksanakan. Apakah projek tu...? Akan diberitahu kelak okey... heheee sabo, sabo...

Okey... seperti yang sedia maklum, tuan empunya resepi puding roti marble ini adalah milik Cik Puan Hana kite yang nun berada di Jepun. Hai Hana... moga mak yung sihat yek... :D And nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada Hana di atas kesudiannya berkongsi resipi yang marveles ni. Berduit aku dengan resepi ni tau...

Puding Roti Marble ni diorder oleh Cik Puteh, akak tingkat 3 kat rumah aku ni untuk majlis bacaan yassin di rumah kakak dia. Rumah akak dia dekat2 flat sini jugak. Lelain blok jek. Jadi semalam aku pun joinlah sekali baca yassin di rumah kakak Cik Puteh ni. Cik Puteh order 2 loyang yang mana satu loyang perisa coklat + stoberi dan satu loyang lagi coklat + oren. Perisa diminta oleh Cik Puteh sendiri.

Terima kasih Cik Puteh... lenkali boleh order lagi yek... :D

Alhamdulillah jugak... tadi lepas beberapa minit Cik Puteh datang menghantar loyang aku tu, Kak Tun yang duduk di tingkat 3 pulak datang. Nak order 3 loyang puding roti marble ni untuk kenduri bacaan yassin di rumah dia pada hari Ahad ni selepas solat Zuhur. Terima kasih Kak Tun...

Terima kasih semua... :D

Thursday, July 30, 2009

Spageti Cabonara


Salam...

Jumpe lagi...


Beberapa hari ni asyik bf western aje kat rumah ni... apo nak buat...? Ade permintaan kenelah buat ye tak...? Kang muncung lak anak jantan tu ha... tapi kadang2 mama bantah gak. Kalau mood mama tengah rajin oklah...


So, jomlah layan bf kami ni ha... upssss, sorry yekkk...

ni bf kami pagi semalam le...

kwang, kwang, kwang!!!

Cuppies Ball


Salam di pagi Khamis...

Actually cuppies ni aku buat pada hari Jumaat (24-07-2009) minggu lepas. Dah hampir seminggu barulah dapat masuk n3 sebab pc aku yg rosak. Semua n3 terpaksa ikut turn by turn...

Cuppies Ball ni aku buat untuk diberikan kepada rakan2 sekelas Boy di sekolah bersempena dengan hari lahir yang telah hampir 2 minggu berlalu. Date birthday dia sepatutnya 11-07-2009 (Sabtu) tapi disebabkan pada hari Jumaat (10-07-2009) yang lalu emak meninggal dunia, segala perancangan kena KIV dulu. Barulah minggu lepas ada kesempatan mamanya nak tunaikan hajat yg KIV tu.

Aku pilih tema ni kerana mudah nak deko. Dan selebihnya kerana sekolah Boy ni semua budak lelaki... budak lelaki selalunya sinonim dengan bola la kan... walaupun hakikatnya sekolah Boy ni lebih cenderung pada permainan badminton... hiks!
Untuk pengetahuan teman2 blogger sekalian, adunan kek tu aku guna adunan Choc Chip muffin dari Kak Ummi & Kak Jun. Sebelum ni dah beberapa kali jugaklah aku buat mengikut resepi ni sebab senang. Muka main tonggeng jek dalam mangkuk. Sukatannya ikut cawan & tak pakai marjerin dan mentega tapi pakai minyak. Aku guna minyak jagung. Dan pernah juga sekali aku buat kek menggunakan resepi ni. Nak tengok ada kat sini... Pendek kate mmg dah puas hatilah dengan resepi ni... cumanye aku tak delah tabur cok cip kat dalam adunan tu.

Kalau ikutkan resepi tu tak yah guna mixer. Just adunkan sebati dan sudukan dalam cup. Tapi untuk cuppies ni aku mixerkan juga lebih kurang 10 minit. Itupun setelah semua bahan dimasukkan ke dalam mangkuk. Alhamdulillah... teksturnya berubah jadi macam kek. Sangat moist dan yang penting tak lekang dari cup... :D

Kalau nak tengok resepinya silelah selongkar gobok list kat tepi ni ye... aku malas nak selongkar. Cari dibawah tag 'muffin' okey...
:D

Wednesday, July 29, 2009

Bekfes Western 23/07/2009


Salam... Ini brekfast kami. Uppssss... minta maaf ye... minggu lepas hari Khamis minggu lepas punye bekfest ni. Hahahaaa... nak jugak masuk n3! Jangan muak ye... kikikikkkkk

Untuk Mierza, dia suka makan baked beans tu. Jadi aku suapkan dia itu sajelah... banyak jugalah dia makan... yang lelain2 tu untuk Boy...

Mama punye bf...
burger ayam tu aku goreng tanpa minyak. Bila dah agak lama atas kuali non stik ku itu, bertakung2 minyak keluar dari burger tu sendiri. Huhuuuu....
Aku potong2kan burger ayam tu dan ledokkan dengan sayur salad dan purple cabbage yang dihiris. Tuangkan sesudu besar jus lemon dan taburkan sedikit serbuk lada hitam. Juga sedikit sos salad thousand island Ladies Choice.

Diet??? Tak delah! Cuma terasa nak makan camni je...
Sesekali... sedap gak!
:D

Gathering Mak Hayam aka Mommies.Com

Salam...

Gathering ini diadakan pada hari Ahad (26-07-2009) yang lalu. Seronok... hevox tak usah cakap le... di kesempatan gathering sempena meraikan kepulangan Mak Hayam Eda ini, aku sambutlah bday anak2 aku bersama dengan kengkawan blogger mommies.com ni. Inilah untungnya kalau beranak semua anak dalam 1 bulan. Heheeee... sambut pun sekali je la....
Mierza yang meragam... panas... mengantuk... rimas... semua adalah - package!

Huh... mate aku tutup...bukan ape... panas... Malaysia panas, kan Eda...? Hiks... mcmlah aku pernah ke luar negara pun! Getiks!

Macam gathering yang sebelum2nye... makanan kami buat port luck. Aku tak de tangkap gambo makanan. Sangat segan tgk kamera kawan2 yang canggih manggih sedangkan akunye kamera, uhuk... ish bilelah hajat dihati nak terlaksana ni...

Di sebabkan di gathering ni aku dok sambut bday anak2, jadinya aku bwk kek tuk anak2 tiup lilin nantilah. My besan (Aizah) pun sambut bday Ely (My menantu). Heheee my menantu pun lahir bulan 7 jugak...

Juga aku bawa makaroni chicken ball utk dijamukan kepada kwn2. Kawan2 lain ade yang bawa spageti, nasi lemak, muffin, roti telur, sandwich, bihun dan lain2 makanan lagilah... tak tertulis aku...

Mama dan Mierza yang banyak ragam hari tu... menangis... menangis... menangis...!
Papa bagi dia peluang main air pancut kat tepi sungai. Habis basah baju seluar... lantok le ko dik... janji ko diam... udah tak nak naik pulak... hisk!
Aku yang cuba memujuk Mierza tapi tak berjaya!
Kami... Mommies.Com Oho... lupe nak habaq... nampak tak baju kami? Semua hijo lemon ni kan... sebenonya inilah 1st time aku pakai baju ni. (Eh, korang pun 1st time yek?) Kalau korang tgk badan aku gemox & debob, sile ambil perhatian bahawasanya aku pakai baju 2 lapis! 2 lapis ye puan, heheee... sebenarnya baju aku disimpan oleh Aizah (my besan). Bila Aizah bagi aku hari tu aku malas nak ke toilet. Jadi aku sarung sajelah...
Aku yg mula nak rimas...
Mierza yang tak de mood nak ambil gambar dgn bakal isterinya
:D

Heheeee sesuwaiiiiii!!! Mama suker bangat!

ps :
TERIMA KASIH KEPADA KAWAN2 YG BAGI HADIAH. MAAF SEBAB TAK ENTERFRAME HADIAH2 PEMBERIAN KALIAN DI SINI. TERLUPE... BALIK TU LEPAS BUKAK2 HADIAH, TERUS BERGELIMPANG SEMUA TIDO KEPENATAN.

Tuesday, July 28, 2009

Gulai Lemak Nenas & Tulang Ikan Masin Kurau


Salam...

Hambik!!! Bukan mainlah panjang namenye yek... heheee...

Apo nak cakap? Feveret my hb dan isterinya juga - aku le tu hehee...

Tang ikan masin tu...siap isap2 kat tulang2 tu... tu yang buat membangkitkan selera tu... eeiiii sedapnyela.....

PC ku Rosak...


Salam...

Hampir-hampir seminggu juga aku menyepikan diri yek... emp... bukanlah seratus peratus kerana masih bersedih dengan pemergian arwah emak. Semakin hari berlalu semakin aku dapat menerima kenyataan. Tapi untuk menghapuskan kesemua kenangan dan memori bersamanya, TAK MUNGKIN berlaku. Dan kerinduan di hati ini pun serasa semakin menghimpun dan kuleraikan dengan bacaan yassin dan Al-Fatihah titipan buat arwah setiap kali selepas solat.

PC ku 'losak'! Huhuhuuuu... Dugaan... Dugaan...

Tapi alhamdulillah sekarang dah ok. Terima kasih pada husband tersayang. Sebab sudi membawakan pc ku ke kedai... dan hb aku pun ada tambahkan sikit ram, jadinye lajulah sikit pc ku yg sebelom ini tersangatlah lombapnye. heheeee...

Sebelum mengundurkan diri dari berceloteh ni, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada teman2 blogger kerana sudi berkunjung ke sini semasa aku sedang offline. Juga ucapan penghargaan tidak terhingga kepada kalian yang memberikan kata-kata semangat untuk daku terus berdiri setelah ditinggalkan bonda tercinta. Juga yang membuatkan daku teramat sepi dan rindu kepada kalian selama pc ku rosak kelmarin...

Selama pc ku losak, aku ada masak2... ada jalan2 jumpe mak hayam... ada baking... ada sambut bday... ada kolek hadiah... bla... bla... bla... Semua itu akan kukongsikan di sini satu persatu ye...harap korang tak jemu membacanya...

Wasalam... :D

Thursday, July 23, 2009

14 Hari Pemergianmu Bonda...

Salam...

Hari ini (Khamis - 23/07/2009) genap 14 hari pemergian bondaku tersayang... Semoga emak aman, bahagia dan tenang di sana di sisi NYA, amin...

Di bawah ini saya n3kan beberapa keping gambar kenangan emak yang ada dalam simpanan saya untuk dikongsikan bersama teman2 blogger yang banyak membangkitkan semangat saya untuk meneruskan kehidupan setelah pemergian emak menghadap Ilahi....

Terima kasih semua... :D

Arwah mak bersama cucu pertamanya - Nurul Fatin Fatehah (Fafa). Manja intan payung opah ni tapi semasa arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir, Fafa baru sehari pulang ke asrama setelah 3 hari menjaga arwah di hospital dan ponteng sekolah. Tahun ni Fafa akan menduduki peperiksaan SPM jadi tak bolehlah nak ponteng sekolah sangat. Itu yang balik juga ke asrama dengan hati yg berat. Tapi sudahnya pulang semula setelah mendapat tahu opah telah meninggal dunia.

Gambar ni diambil semasa kami berada di Pulau Pinang. Menghadiri majlis perkahwinan Elyn, cucu tiri mak anak Nyah Tun.

Lihat tudung warna coklat yang arwah mak pakai tu... tudung itulah penaman aku sekarang setiap kali tidur malam... Rindunya dengan mak...


Yang ni pula gambar tahun lepas. Kalau tak silap masa ni Mierza berusia enam bulan. Arwah emak dikelilingi cucu-cucunya. Masa ni emak belum sakit lagi...

Tak ingat gambar ini diabadikan bila. Kalau tak silap Syawal setahun yang lalu. Ini di kampung. Tapi bukan kampung arwah emak, bukan juga kampung arwah apak. Yang duduk di sebelah2 emak tu adalah anak & isteri baru (isteri pertama Acik Ya dah meninggal dunia) Acik Ya- adik tiri arwah apak.

Arwah mak bersama Mierza. Kami dalam kereta dalam perjalanan ke Templer Park, Rawang.

2 keping gambar arwah mak semasa majlis hari lahir Boy dan Mierza tahun lepas - 12/07/2008 (Ahad). Masa ni kaki mak dah mula sakit tapi masih boleh bertahan. Gangrennya pun belum timbul.

Ah, rindunya dengan senyum & tawa mak... :(


Gambar arwah mak bersama cucu-cucunya lagi... Mierza pun masih kecil lagi masa ni... :)

Lagi bersama cucu-cucunya...
dari kiri belakang : Ezza (anak kak yong). Semasa mak masih ada dan sakit, Ezza yang banyak tolong jagakan arwah emak semasa di rumah Kak Yong. Arwah emak sendiri cakap yang Ezza ni seorang cucu yang ringan tulang. Yang terjelir lidah dan mate kuyu tu Aisyah (anak Mak ina yang sulong).
di hadapan pakai skaf hitam: Shima (anak kak yong yg bongsu) dan Fatrah (anak mak Ina yg ke2).

Bersama family Kak Yong Hari Raya Aidil Adha tahun lalu...

Kami berbuka puasa di Kenny Rogers Roasters, Carrefour, Subang Jaya. Masa ni mak dah mula sakit kaki. Berjalan pun dah tak larat. Memang masa pergi ni tak berjalan ke mana. Lepas makan terus balik sebab mak tak berdaya nak berjalan. Berjalan keluar dari kereta dan ke restoran tu pun dia rasa azab sangat... ingat lagi masa tu arwah mak cakap, "kalau kau nak berjalan tgk2 baju pergilah. Biar mak tunggu kat sini..." sambil tunjuk kerusi kat tepi kaki lima pasaraya tu. Tak sampai hati nak tinggalkan mak sorang, kami balik saja...

Wajah kesayangan hamba... tudung inilah peneman tidur malam saya hingga hari ini... :( Mak... Jah rindu mak...

Arwah mak di hospital Putrajaya. Mak Ina sedang suapkan arwah makan tengahari...


Kenangan kami ketika bercuti di Port Dickson awal tahun ini (2009). Masa ini emak sudah selamat menjalani pembedahan membuang kaki kiri yang gangren (tisu mati). Mak Ina sedang buangkan kuku tangan emak. Aku dan kak yong sedang menyediakan hidangan makan malam kami sekeluarga.

Kami...
Hubby, arwah emak dan aku...

:(

Arwah emak dalam kenangan dan memori...

Jah sayang mak...

Al-Fatihah...

Moga rohmu dicucuri rahmat...

Amin...

Wednesday, July 22, 2009

Macaroni Goreng wif Bebola Ayam


Salam...

Sepatutnya n3 ni keluar pagi tadi tapi dah tersilap pulak... xpela ek... :D

Boy dan Mierza suka sangat. Habis dimakannya. Mama macam biasalah... makan sikit2 je lebih2han anak2... Bukan mama tak suka tapi dulukan anak2. Sebab mama sangat malas nak buat 2x masak kalau anak2 tak cukup makan. Heheee

Sambal Tumis Sotong Kering


Salam...

Yang ini menu semalam. Kenapa tak masukkan semalam? Sebab...................... malas! Heheheee...

Hari tu duduk berkumpul adik-beradik (Kak Yong dan Mak Ina), kami sempatlah sembang2 pasal masak2 ni. Aku cakap, dalam peti ais aku, sotong kering ni dah lame tersimpan. Kalau sotong tu boleh bercakap, lame dah menjerit minta dimasak. Kejung dah dia dok lame2 dalam esbok tu ha... heheee

Mak Ina cakap, kalau masak sambal sotong, sedap kalau letak kacang tumbok. Aku pun teringatlah kacang pecal yang Mak Ina kasi beberapa bulan lalu. Ada bersisa separuh lagi dalam peti ais. Baru saja aku nak tanya kat Mak Ina, kalau pakai kacang pecal tu boleh tak...? Mak Ina dah cakap dulu, "kalau kau ada lebih kacang pecal yang aku bagi tu, boleh letak dalam sambal tumis kau nanti. Sedap..." So semalam barulah aku dapat merealisasikan impian tu.

Hemp.... memang sedap. Ada rasa lain sikit dari sambal tumis biasa sebab dah dicampurkan dengan kacang. Masa hb makan, hb pun tanya sambal tu beli ke buat. Aku cakap buat. Then hb tanya campur kacang ye...? Kate hb, arwah mak dia pun buat camtu jugak dulu kalau masa sambal sotong kering. Alamak, ternostalgia lak my hb dengan arwah emaknya.

Al-Fatihah untuk arwah Kalsom Binti Itam (my MIL). Aku tak berkesempatan berjumpa dengan arwah MIL. Masa kami kahwin, arwah dah pergi hampir 4/5 tahun lamenya (kalau tak silap). Huhuuuu, kasihan daku... emak mertua tak ada, emak kandung pun tak ada... Sebelum majlis kenduri arwah emak sabtu lepas, itulah yang aku cakap kat Kak Yong dan Mak Ina. Sedih betul rasa hati... Nasib baiklah ada kakak2 dan hubungan kami pun sangat rapat.

Isnin lepas, hb dapat call dari adiknya yang tinggal di Rawang. Menyampaikan pesan abah (my FIL) suruh kami balik kampung hujung minggu ini. Abah nak buat kenduri sambut Ramadhan & arwah MIL. Masak2 di rumah dan hantar ke surau. Rumah abah tu dah tak kuat, takut pulak roboh - kate abah. Itu yang hantarkan ke surau saja... tak tahulah apa menunya. Yang pasti kalau masak di rumah tu... siapalah yang jadi tukang masaknye ye...?

Monday, July 20, 2009

Order Dari Ct Temah


Salam again...

N3 ni sepatutnya dah keluar lama dah... tapi tak ada masa nak duduk mengadap pc beria sangat kerana apa yang telah berlaku.

Order di terima daripada Ct Temah (adik ipo besan aku - Aizah) untuk birthday Aiman, anak bongsunya yang juga anak angkat Aizah. Tapi hari tu aku tak dapat meraikan sekali bday Aiman sebab hari tulah aku dapat sms dari Kak Yong mengatakan yang emak dimasukkan ke hospital. Masa buat kek ni pun otak ni semak je. Tapi disebabkan dah berjanji dengan Ct, aku buat jugaklah. Minta ampun dan maaf dari Ct & family kalau kek tu tak memenuhi impian dan harapan korang.
Cc Sesame Street ni pulak order dari Aizah untuk anak angkatnya, Aiman.

Bunga Cantik Pemberian Ros aka Onigiri



Salam...

Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada Kak Asma kerana gambar bunga cantik daripada Ros aka Onigiri ni aku copy paste dari blog Kak Asma. Memula dah try copypaste daro multiply Ros tapi gambarnya tak keluar. Aku tak tahu di mana salah dan silapnya. Dua tiga kali juga aku try tapi tetap tak keluar gambarnya tu. Jadi tadi tengah blogwalking ke blog kawan2 and singgah di blog Kak Asma untuk tengok spageti lalanya yang menarik dan menggiurkan tu, ternampaklah n3 bunga ni. Aku pun cubalah kopipes... boleh pulak keluar gambarnya. Alkisahnyalahkan....

Ucapan terima kasih juga kepada Ros aka Onigiri atas pemberian gambar yang cantik dan berseri ni... Semoga ikatan persahabatan di alam maya akan berkekalan ke alam realiti... Insya Allah...

ALHAMDULILLAH...

Salam semua...

Alhamdulillah hari Sabtu yang lalu (18/07/2009) aku, Kak Yong dan Mak Ina dah buatkan kenduri arwah emak di rumah aku. Barulah tenang dan lega hati ni. Di kenduri itu juga kami sedekahkan kain batik kepada kaum wanita yang membaca yassin, tahlil dan doa selamat di majlis yang tidak seberapa itu.

Mengiringi kain batik yang disedekahkan tu aku buatkan kek lapis hawflakes dari kak Fida dan
cookies ala2 famous a
mos. Di sebabkan majlis tu berlangsung pukul 5 petang, menu yang kami sediakan adalah mee kari yang dimasak oleh Kak Yong dan suaminya, Abang Mat. Sambil2 dibantu oleh Mak Ina dan abang ipar aku, Abg Wan. Di samping itu juga kami buat pulut kuning makan dengan rendang kerang dan kacang panjang di mana rendang begitu memang rendang kesukaan arwah emak.

Di majlis itu juga aku buat puding roti marble resipi dari hana. Disebabkan ramai yang suka, kali ini aku buat 4 loyang - coklat+ oren, coklat + bluberi, coklat + stoberi dan coklat + pandan. Kesedapan puding roti marble itu membuatkan 4 loyang itu habis dijamukan kepada para tetamu yang hadir di samping dimakan oleh kami2 sendiri.

Aku tak adalah ambil gambar segala sebab sibuk... nak bagi kat anak buah pegang kamera nanti berebut2. Semua sibuk nak ambil gambar. Silap2 nanti kamera jatuh, hah! Putih mate!

Bacaan yassin dan tahlil itu juga turut diselitkan nama arwah apak - Nordin Bin Putih Che Edah dan arwah mak mertua (emak hb) - Kalsom Binti Itam. Begitu juga kenduri ini bersempena dengan ramadhan yang bakal menjelang penghujung bulan hadapan. Kiranya kenduri ni packagelah...

Tahun depan kalau ada rezeki buat kenduri arwah emak, sambutlah sekali dengan birthday Boy dan Mierza. Sebab....

10.7.2009 - Tarikh emak meninggal dunia...
11.7.2001 - Tarikh lahir Boy
12.7.2007 - Tarikh lahir Mierza

Baby pula lahir lebih kurang seminggu sebelum dari tarikh itu - 4.7.2003.

Bulan 7... penuh kenangan dan memori dalam hidup aku!

ps: Buat Ros Tokyo... akak dah try copy gambar bunga kat blog ros tapi gambar tak keluar. Tak tahulah di mana silapnya.Terima kasih banyak2...nampak xde kat sini bukan bermakna akak tak sudi yek... :D

Thursday, July 16, 2009

Kuah Durian


Salam again :D

Yang ni last n3 untuk majlis bacaan yassin di hari rabu minggu lepas. Kuah durian memang feveret arwah emak. Since sekarang ni musim durian dan boleh dikatakan murah jugak (kerana dah melambak2 durian & dijual dimerata2 tempat), hubby belilah 8 biji. Aku buat kuah durian 4 biji durian sementara 4 biji lagi ingatkan nak buat makan mentah saja. Tap hari tu sebab kesuntukan masa aku kopekkan 1 biji saja. 3 biji lagi simpan dalam plastik. Ingatkan esok2nya nak makan.

Keesokkannya aku g jaga mak kat spital. Malam tu aku tpon hb tanye dia dan anak2 dah makan ke belum. Dia kata dah makan. Anak2 pun dah makan durian 2 biji. Maknanya tinggal 1 biji lagi. Tinggalkan untuk mama kata anak2... tapi bila mak 'pergi'... semua jadi kalut. Hari Isnin yang lepas aku tengok durian tu dah hitam. Dah busuk...

Puding Roti Marble


Salam...

Puding Roti Marble dari resepi Hana @ MyR. Thanks Hana... sedap. 1st time buat ni walaupun ramai yang dah buat dan berkali2...

Puding Roti Marble ni pun aku buat minggu lepas (hari Rabu) untuk bacaan Yassin untuk mak sebelum arwah 'pergi'. Kiranya ni pemanis mulutlah untuk majlis tu. Tang marble tu buat kakak2 di blok aku ni dok tertanya2 macam mana aku buat. Aku pun terangkanlah. Tapi dia orang nampak blur jek. Iyelah... cakap dengan praktik tak samekan...

Sambutan menggalakkan... habis licin!

Alhamdulillah... :D Sedekah bagi pihak arwah mak...
Buat 2 warna. Pakai emulco jek... Satu loyang gabunganAlign Center strawberi + coklat dan satu loyang lagi gabungan oren + coklat....

Wednesday, July 15, 2009

Popia Bersira


Salam...

Popia bersira ni aku buat minggu lalu (hari Rabu) untuk jamuan bacaan yassin untuk mak. Masa tu mak belum 'pergi' lagi...

Ni 1st time aku buat popia bersira ni. Sebelum2 ni memang pernah makan tapi beli saja. Beberapa tahun lepas aku ada buat untuk jualan di bazaar ramadhan. Tapi tak buat yg bersira. Aku buat yg berkuah tu.

Sebut pasal bazaar ramadhan, tahun ni aku tak ambil tapak di bazaar walaupun memang ingat nak ambil macam tahun lepas. Kalau aku berniaga sure tak ada masa nak pergi terawih dan nak buat amalan ibadat terbatas sikit. Ala kadar saja. So ingat, nak lebih beramal untuk arwah mak tahun ni...

Popia goreng dan basah memang my feveret. Tapi... emp, ada apa2 petua tak...? Kenape eh, popia aku ni lembik bila dah sejuk? Sesape ade petua, kongsi yek...


Intinya aku letak timun, sengkuang dan lobak merah yang disagat/potong2. Goreng sekejap atas api perlahan hingga agak layu dan dicampurkan dengan udang kering yang diblender kering. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa sikit.

Kuahnya pun aku letak sedikit udang kering blender bagi terasa. Letak gula sikit supaya kuahnya tu rase manis2 pedas...

Tuesday, July 14, 2009

TERIMA KASIH...

Salam...

Hampir seminggu arwah meninggal dunia. Aku... masih terbayang-bayang, teringat-ingat dan terkenang-kenangkan arwah bonda tercinta. Terjaga di tengah malam, aku terus bacakan Al-Fatihah untuk arwah emak. Dan sekejap-sekejap aku terasa amat merinduinya...

Semasa di hospital, sementara menunggu pihak hospital/ward menyediakan dokumen untuk membawa jenazah emak ke bilik mayat, aku cium pipi dan dahi emak yang sejuk. Tak puas rasanya mengucup pipi dan dahi itu. Dan ketika itu juga aku terfikir, selepas ini, pipi dan dahi ini tidak mungkin akan merasa aku kucup lagi....

Sayunya hati bila kenangkan kini aku dan kakak2 adalah anak yatim piatu. Walau telah dewasa dan berkeluarga, status 'yatim piatu' itu amat2 menyentuh hati ini. Ramadhan bakal menjelang. Syawal juga bakal menyusul. Tahun ini, buat pertama kalinya kami akan menyambut lemaran tanpa bonda tersayang. Padahal kami adik-beradik telah berpakat untuk sama-sama berkumpul di rumah Kak Yong di Sepang untuk berhari raya bersama emak. Nampaknya semua itu tidak kesampaian. Emak telah pergi...

Tetapi hakikatnya jauh di sudut hati ini aku redha dengan pemergiannya... sekurang-kurangnya beban deritanya terhenti sudah. Semoga arwah emak aman dan tenang di sisi NYA. Semoga Allah S.W.T. menempatkan arwah emak di samping orang-orang yang dikasihi NYA...

Align CenterUcapan terima kasih tidak terhingga kepada teman-teman yang mengucapkan takziah. Doa dan harapan kalian amat-amat aku hargai. Hadiah Al-Fatihah untuk arwah emak semoga diterima oleh NYA...

Al-Fatihah...

Amin...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)