Followers

Wednesday, September 02, 2009

Biskut Cendawan

Salam...

Biskut Cendawan ni aku belajar di kursus pendek jari-jemari anjuran KEMAS hari Khamis minggu lepas. Tapi yang dalam gambar ni bukanlah yang kami buat hari tu. Gambar kat atas ni yang aku buat sendiri kat rumah. Sedap biskut ni...rangup gitu...

Jom layan resepi. Sesape nak cube, boleh le...

Bahan-bahan:-

1 buku butter
3/4 cwn gula kastor
1 cwn tepung jagung
2 1/2 cwn koko krunch - dikisar halus
1/4 cwn kelapa kering
1/4 cwn bijan (aku gantikan dgn oat.bijan takde stok)
2 cwn tepung biskut / tepung gandum
1 biji kuning telur

Hiasan:-

coklat masakan
coklat rice (aku guna flower nibs)

Cara-cara :-

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung. Adunkan sebati. Kemudian masukkan tepung gandum sikit2 hingga adunan menjadi doh. Gelek dan terap adunan menggunakan acuan bentuk cendawan. (nak pakai acuan bentuk lain pun boleh juga).

Bakar dan setelah sejuk, celupkan bahagian kepala cendawan ke dalam coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boil. Hiaskan dengan coklat rice. Biarkan biskut dan coklat masakan mengeras di atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba...

5 comments:

CT Delima said...

Biskut cendawan ni kalau buat berkale2 mesti cantik kan fiza...x per k.ct amik jer resepi untuk tambahan. kot2 ada bekas kuih yang kosong nanti hehehe. tr kasih berkongsi resepi sayang ya :-)

FaizAmY said...

hurmm...sedapnyee...nyumm nyumm

Chik Mimi said...

fiza ghajennya dier kukis memanjang,tp kalau buat sndri puas ati kan

phalla said...

so good, I love

Fiza Nordin said...

k ct,
tryla...

faiz,
alahai mak yong nih...syian dia...

cikmi,
haah betul tu...

phalla,
tq :D

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)