Followers

Wednesday, September 23, 2009

Order Lebaran...

Salam...

Ni la... baru ada kesempatan nak update tempahan yang diterima sebelum lebaran yang lalu... alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas rezeki yang dilimpahkan... harap2nya sesiapa yang menempah kek lapis hawflakes, kek lapis prune dan kek coklat tu berpuas hati dengan hasilnya. Semalaman tak tidur menyiapkan tempahan tu...tapi sangat puas hati kerana Allah S.W.T. memudahkan semuanya. Syukur... syukur... syukur ya Allah...


Cuma di penghujungnya ada kesukaran sikit tapi dapat diselesaikan dengan elok. Apa masalahnya biarlah aku simpan sendiri. Secara tidak langsung mengajar dan memberi aku satu pengajaran di hari kemudian...


Jom layan gambar yang sempat disnap. Masa gambar diambil, kebanyakkan kek lapis dah diambil. Yang sempat disnap ni yang belum dihantar kepada peng'order' kek tu... yang ambil sendiri semua dah jalan...tak sempat nak tangkap gambo... dan lupoooo...

Banyak ni je kek lapis yang tinggal setelah teringat nak tangkap gambo...


Kek Coklat Moist yang diorder oleh Azlina. Azlina ni merupakan kawan lama sejak dari zaman sekolah rendah lagi... kek ni sebenarnya adik Azlina - Hani yang nak. Azlina order kek lapis asam manis. Lame betui dah kami ni berkawan... Terima kasih ye Azlina...kalau sedap boleh order lagi lain kali :D


Kek Hari Lahir Coklat Indulgent Ala SR...

Diorder oleh Kak Jurinah, jiran tingkat 12 blok aku ni... Sebelum ni kak Jurinah pernah order kek coklat moist untuk bday suaminya. Kali ni bday anak lelakinya pula... Sebenarnya Kak Jurinah minta buatkan kek coklat moist biase je tapi aku sesaje buatkan kek coklat Indulgent ala SR... promo sekalilah tu...

Kalau ikutkan aku memang dah tak larat nak buat kek ni... sebab malam sebelumnya, aku dah semalaman tak tidur sebab buat kek lapis tu... di samping buat 2 biji kek coklat lainnya. Tapi sebab dah berjanji punya pasal, buat jugaklah...lagi pun aku kenalah kuat semangat sikit,kan... kita baru nak mula niaga... kena yakinkan pelanggan... cuma aku takdelah deko beria pun (selalu pun tak deko beria gak)... mujurlah Kak Jurinah faham. Dia tahu aku dah bersengkang mata malam sebelumnya tu...

Ada gambar lagi yang diupdate sebenarnya... tapi blogger takleh upload gambar pulak...dari tadi dah aku mencuba masih tak berjaya. Mata sudah mengantuk... Ohooo n3 ni aku buat auto-publish ye kawan2...time aku buat n3 ni kul 11.57pm-22/09/2009 tapi auto publish esoknya kul 8pg...

Kita sambung lagilah yek...nak titon...
!!!zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!

No comments:

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)