Followers

Sunday, December 20, 2009

Choc Indulgent Order Daripada Sue, Sya & Yam

Salam...

Tiga hari berturut-turut buat choc indulgent tempahan daripada geng mak hayam. Alhamdulillah dan terima kasih. Kalau ada yang tak puas hati, harap maklumkan supaya dapat dijadikan panduan di hari mendatang. Minta halal dan sekali lagi terima kasih diucapkan...

Choc Indulgent - Sue tema kartun Barney...

Khusus untuk menyambut hari lahir anaknya, Alya... yang diraikan bersama2 geng mak hayam di Taman Tasik Titiwangsa pagi hari Jumaat yang lalu. Ianya juga merupakan gathering akhir tahun untuk Mommies.Com... majlis sederhana tapi meriah dan tentulah hevox gilos!!!


Pertama kali lukis free hand. Gigil gak tapi seronok dan puas hati dengan penghasilannya... untuk setakat inilah... aku ni manusia biasa, manusia biasa yang tidak pernah berasa puas. Namun tetap bersyukur... alhamdulillah dipermudahkan segalanya...

*
*
*
*

Choc Indulgent - Sya tema kartun Ultraman

Sya buzz aku di YM dah lame. Bagus gak sekurang2nya aku berasa sangat bersedia. Pun begitu, hasil kartun Ultraman itu pada aku tidak memuaskan. Jenuh dah membega tapi begitu jugalah hasilnya. Thanks Sya... minta maaflah kalau juga tak memuaskan hati ko erk.... tapi tolonglah jangan serik menempah dari aku wakakaaa boleh gitu...???


*

*
*
*
*

Choc Indugent - Yam

Tempahan daripada mak hayam Yam. Actually Yam minta loving2 deco. Tapi.... uwaaaa sory Yam. Hanya ini yang sempat. Ape pasat tak sempat??? Uwaaaa lagi... daku kesiangan!!! Alarm jam tak bunyi! (Tak bunyi atau aku yang tido mam*** ke, tak tahulah!!!) Tapi sedo2 dah terang. Tengok2 dah pukul 8 pagi. Merongkaslah bangun. Mujurlah dari kul 1.30 pagi tadinya kek tu aku dah siap coat dgn choc ganache tu. Huhuhuuu maafkan akak ye Yam kalau dekonya tidak seindah (indah sangat ke...? hahahaaa) yang Yam impikan... Akak dah set time kul 5 pagi nak bangun untuk deko. Tapi apekan daya... (jangan salahkan akak, tapi salahkan alarm hp akak ye Yam... hahahaaa)

Tempahan daripada Yam ni adalah untuk menyambut hari lahir suami terchenta - Cak'on yang ke 27 tahun. Selamat ulang tahun, Cak'on. Moga2 dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan bahagia gembira tidak kira semasa di samping mahu pun tidak bersama isterimu & anak yang terchenta itu...

Yam juga menempah 25 pcs cheese tart. Setelah merendek dan meronggeng dari satu blog ke satu blog, selidik dan kelebek dari satu ke satu resipi otai2 kite, akhirnya aku dapat juga tahu bagaimana nak mendapatkan cheese yang kembung biler dah sejuk. Alhamdulillah... sebelum2 ni dalam banyak2 menerima tempahan cheese tart sebenarnya aku masih tak puas hati sebab cheese tart aku tu biler dah sejuk cheesenya jadi kempis... tapi yang ni, okey. Yeahuuuuu!!!

Buat kudap2 dalam perjalanan ke Johor untuk menyambut kepulangan suaminya. Semoga Yam selamat sampai ke destinasi yang dituju...

Testimoni daripada YAM - cheese tart
.....akak sedap la chese tart akak......

Thanks Yam :D

3 comments:

A.I said...

Besen!!!!

Sumpah mmg sedap giler kek ceklat kau tu. Terasa2 lagi kt tekak aku ni wei.

Tp gmbr yg last tu aku takmo tengok. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa (bila la aku dpt nk order ngan kau ni)

Fiza Nordin said...

besan,
thanks :)
ahahaaaa klu ade rezeki dapatlah tu nnt yek...

larradanish said...

fiza..nak tau camna buat cheese tu kembung bile dah sejuk..

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)