Followers

Wednesday, October 06, 2010

Gagal......... Tewas............


Salam semua....

Ketika n3 ini ditaip, aku dan keluarga sudah selamat berpindah ke Taman Desaria. Sudah dua malam tidur di rumah ini. Lambat aku memasukkan perkembangan diri kerana kesibukkan yang melanda.

Keputusan untuk berpindah kembali ke kawasan kejiranan lama sudah sebulat suara kami (aku dan suami) ambil dari +- 2 minggu sebelum ramadhan sebenarnya. Setelah itu kami terus mencari2 rumah di blok tempat tinggal kami (sebelum berpindah ke rumah Puchong). Malangnya, tak dapat. Setelah jarak Ramadhan semakin hampir, barulah dapat rumah. Tapi terpaksa membatalkan niat untuk berpindah masa tu sebab aku pun sibuk dengan tempahan ketika itu. Juga ada sedikit masalah dengan tuan rumah yang hendak menyewakan rumahnya itu kepada kami.

kotak sane, sini, sinun.......

Alhamdulillah selepas hampir berakhirnya Syawal, kami sudah selamat berpindah ke sini. Terima kasih banyak-banyak kepada Abg Man & isteri - Kak Seni (sepupu en hubby) sebab carikan lori & jadi driver sambil tolong angkut barang, Cik Haris & Cik Zul (member en hubby dari blok N). Kalau tak de mereka2 ni, memang lunyailah en hubby tu nak angkut barang2 semua.

rumah baru yang lama... sebelum masuk barang2....

Sampai2 di Blok N, kawan2 hubby (geng melepak di wakaf setiap malam) dah ramai menunggu - Omar, Soon, Mat dan lain2. Yang seronoknya kawan2 Boy (anakanda sulong) ni pun sama2 menunggu. Mereka pun sama2 menolong angkat barang2 mana yang ringan dan larat diangkat. Aku tunggu aje dalam rumah, sambut barang2 tu daripada dia orang dan letak dalam bilik yang sepatutnya.

office baru syaye.... ade sopak kat dinding tu. Tilenye tercabut. Dah panggil orang buat & tuan rumah tanggung kosnya... alhamdulillah!

Selesai angkat barang semua, hubby bawa kawan2nya tu pergi makan. Aku pula sediakan air (air botol je la...) dan beri upah RM5 pada budak2 tu. Ada 6 orang semuanya. Seronoklah masing2 dapat duit... heheheee Aku pun gembira juga tengok budak2 tu....

Alkisahnya.....
permandangan dari dalam bilik.... klu malam memang cantik dengan lampu di kejauhan.... dengan bunyi deru air. Silap2 ingat mcm duduk tepi air tojun pulak... tapi bila siang, nampaklah 'swimming pool' ni ha.....

4 comments:

Kak Rose said...

salam fiza, patutla lama hilang... alkisahnya.... kenapa tinggalkan rumah sendiri? terkenang semasa dulu ya? 'swimming pool' ni yang kat tepi highway kerinci link tu ke?... ish... banyak nya soklan!

Mizz_Ila said...

hehe swimming pool ni best..siap ada perfium

dZana said...

slm fiza.. slmt bkemas dirmh baru.. knp berpindah..

TuYa said...

nape akk pindah semula?

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)