Followers

Wednesday, May 30, 2012

mandi-manda @ pusat akuatik shah alam

as salam...dah berapa hari mula cuti sekolah...seronok anak2...mama pun seronok jugak...seronok beronok2 hihiii mcm tak ikhlas je ayat,kan....

siang tadi bwk anak2 mandi2 kolam kat pusat akuatik shah alam.dah berulang2 kali juga ke sini.setakat ni anak2 x jemu lagi.mungkin sbb jarang2 pegi wlupun da berulang kali..hakikatnye bukan anak2 yg kemaruk berendam tp mama pun same naik hahaha

g akuatik ni jimat belanja.sgt bajet hokey...makanan pun boleh bwk dr rumah.tiket masuk utk kanak2 rm1.50 dan dewasa rm2.mierza percuma.aku amik sesi 12-2.15pm.lame dah tu...kecut kaki tangan berendam.

buat bekal nasi goreng dan goreng sosej cheese & crabstick.beli air kotak milo & soya...gembira tgk anak2 gembira :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 11, 2012

FAST SALE - Red Velvet Cake

As salam....


Jualan cepat untuk anda - Red Velvet Cake wif Cream Cheese Frosting & Strawberries, soooo yummy!!!


Size : 6 inci

Shape : round

Price : RM40 only


Call : 017-3113 226 / 03-8322 1708

*pengambilan terus di rumah sy di Putra Perdana, Puchong.

*pengambilan hari ini dan esok (sabtu)


Hubungi Fiza Nordin - 017-3113 226 / 03-8322 1708


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 10, 2012

PROMO - RED VELVET SAMBUTAN HARI IBU 2012

As salam... Tumpang page sini pula untuk info semua...


Saya akan sedang mengadakan promo sempena Sambutan Hari Ibu pada hari Ahad (13/5/2012) yang bakal menjelang beberapa hari lagi... Jangan lepaskan peluang ini...


Red Velvet wif Strawberries - RM65 sahaja 

Topping : cream cheese

Deko : parutan coklat & kek crumb 

Size : 8 inci bulat / 7x7 inc 4 segi


* promo berakhir 12/5 - 12 tgh malam

* terhad untuk 10 biji kek sahaja. 

* gambar di atas sekadar hiasan. Tempahan anda tidak semestinya sebijik macam itu.


So....??? Siapa cepat, dia dapat... Tempahlah cepat!!!

Call/sms 017-3113 226 / 03-8322 1708PM

Inbox fb atau email: sofie2_za@yahoo.com


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 09, 2012

TOLONG VOTE SAYA... PLEZZZZZ!!!

As salam semua... Wahhhh begitu semangat meng n3 di awal pagi buta tuli ni... Inilah dia klu nak minta tolong, rajin sungguh. Buntang bijik mate...

Ok, camni... Seperti tajuk di atas... Nak minta kawan2 tolong VOTE saya di link >>> https://www.facebook.com/questions/396909557016066/ link ni kat fb... So klu yoll ade fb sile klik dan VOTE saya k...


Buleh, ek... Bulek aaaa.... Plzzzzz!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 07, 2012

JALAPENO CHEEZY POWDER, TEPUNG GORENG RANGUP UNCLE BOB & PEANUT CANDY - Re-Stock!!!

RE-STOCK lagi...


JALAPENO CHEEZY POWDER yg sejibik rase sos cheezy wedges kat kepsi tu. Makan dengan kentang goreng, burger, ayam goreng dan ikutlah kreativiti sendiri. Mudah saja, hanya campurkan dengan air suam dan gaul sebati. Sedia untuk dihidang.


TEPUNG GORENG RANGUP UNCLE BOB yang senang disediakan. Hanya golekkan pada ayam, cendawan, udang, sotong dan sebagainya dan terus goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Betul2 rangup!!!


PEANUT CANDY yang tidak berserbuk. Rangup, sedap dan tidak terlalu manis. Sedang2 elok saja... Enak buat kudapan di rumah dan pejabat. Juga boleh dijadikan juadah untuk tetamu.


3/3 item boleh dapatkan terus dari saya... Call/sms 017-3113 226 / 03-8322 1708 atau PM Inbox fb / email sofie2_za@yahoo.com


Mari, mari, mari!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 04, 2012

Kek Salju Cheese

As salam... Selamat hari Jumaat untuk semua....

Kek Salju Cheese ni sy dah buat 2x sebenarnya. Agak beratur jugak n3 nak update tapi sebab masa yang tbatas, terpaksa delay. Actually sy buat kek ni untuk jualan di cafe TM Innovations di Cyberjaya. Masa mula2 buat adelah asingkan 2/3 potong untuk makan sendiri. Buat kali kedua takdelah. Tekak ni bukan suka sgt makan kek sebenarnya. Cuma bile teringin sgt je... Tapi baking kek suke amat hahaha

Ok, sy kongsikan resipinya di sini. Klu rajin boleh cuba. Klu malas atau takde kelengkapan baking, boleh order dari saya. Sbb kek ni jenis yg dah siap potong2 mcm dlm gambar, amat sesuai klu nak tempah utk sebarang majlis kenduri, birthday dan sebagainya buat hidangan tetamu.


Bahan untuk kek span

500g telur ayam

240g gula kastor

250g tepung naik sendiri

20g ovellete

100ml air

120g butter cair atau minyak masak

1sb esen vanila


Cara2

1) *Sediakan loyang 10 x 10 inc x 3 atau 2 x loyang saiz 10 x 10 inci. Lengser dgn marjerin dan lapik dgn kertas baking. Panaskan oven 175c.

2) Campurkan telur, gula kastor, tepung dan ovellete. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan gebu.

2) Masukkan air dan esen. Putar lagi hingga kembang dan ringan.

3) Tuang butter cair / minyak masak. Kaup balik menggunakan spatula hingga adunan sebati.

4) Tuang adunan dalam loyang dan bakar hingga masak. Cucuk tengah kek hingga dasar menggunakan lidi.

* klu guna loyang 10 x 10 x 3inci - setelah kek masak dan disejukkan, kena potong tengah/bahagi 2 kek. Tapi kalau guna 2 loyang bersaiz 10 x 10 inci, tak perlu dipotong bahagi 2.


Bahan untuk krim cheese

250g krim cheese

120g butter

100g gula kastor

1sb sunquick

30g susu segar

* cheedar cheese utk parut


> satukan semua bahan kecuali cheedar cheese. Putar hingga sebati.


> Setelah kek sejuk, sapu kedua2 permukaan kek dengan krim cheese. Ambil salah satu lapisan kek dan tindankan jadi 2 lapisan. Dgn menggunakan pemarut, parutkan cheedar cheese di permukaan atas kek hingga rata. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba :D 


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 02, 2012

Red Velvet Brownies

Add caption
As salam dan selamat pagi Rabu... Ade yang terasa macam hari ni hari Isnin? :))

Dah lama buat ni. Bukan tak teringat nak update kat blog tapi macam2 halangan. Komitment semakin banyak, kerja pun semakin banyaklah.... Nak buat camne....

Ok, versi brownies red velvet ni terinspirasi bila nampak kakak2 blogger (Kak Ummi, Along Roz dan Kak Maz) buat. Kite pun ikut jugak... Hihiii minta halal ye kakak2 sayang :D cuma resipinya kite tak ikut seperti mereka. Bukan nak memandai pulak ye... Seperti yang dinyatakan di atas, kerja banyak. Jadi bila terasa nak buat tu kena terus buat. Guna saja resipi yang tahu. Tak sempat nak menggodek2 tab nak cari2 resipi lagi. Kecuali memang tak pernah buat. Terpaksa jugalah luang2kan masa mencari2, menggoggle ke sane ke mari mencari resipi.

Kite guna resipi red velvet yang telah kian lamanya kite gunakkan. Kalu untuk tempahan pun, kite guna resipi ini juga. Mungkin ada yang sama dengan resipi kawan2. Kalau tak silap kita amik kat Baking Of Joy tapi kite dah tukar2 sikitlah mengikut tekak dan bahan2 yg selalu ada dlm gobok. Ok, jom layan...

Bahan2

113g mentega

250g gula halus

2 biji telur (size A)

*1sb cuka / perahan lemon

*2sb pewarna merah

*240g susu segar (sejuk)

**250g tepung gandum

**15g serbuk coklat

**1sk baking powder

#1sb cuka

#1sk soda bikabonat

Nota :

* - disatukan dalam 1 mangkuk dan dibiarkan seketika.

** - disatukan dalam 1 mangkuk dan ayak.

# - dibancuh akhir sekali dan terus tuang dalam adunan.

Cara2:

1) Panaskan oven 180c.

2) Putar mentega dann gula hingga kembang. Masukkan telur dan dipukul lagi.

3) Masukkan bahan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan bahan cecair. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Biarkan dimixer hingga sebati.

4) Tuang bancuhan cuka dan soda. Biarkan sebati.

5) Sediakan loyang bulat 10x10 inci. Lengserkan dengan marjerin dan lapik dengan kertas baking. Kertas dilebihkan kiri dan kanannya supaya senang nnt nak keluarkan brownies. Tuang adunan. Asingkan dalam 2 sudu untuk tujuan corak dan lorekkan atas adunan cheese nanti.

(Kalau nak buat kek saja, guna loyang bulat 8 inci atau 7x7 inci. Bakar +-45 minit atau sehingga masak.)

6) Bakar +- 20 minit atau sehingga masak - cucuk lidi di tengahnya terus ke dasar untuk pastikan kek benar2 sudah masak.

Sementara tunggu brownies masak, boleh sediakan adunan cheese.

Bahan2 Cheese:

250g krim cheese

120g mentega

100g gula halus

30g whiping krim

1 biji telur

10g sunquick

- satukan semua dalam 1 mangkuk dan mixer hingga sebati dan kembang.

Setelah brownies masak, tuang adunan cheese di atasnya. Ratakan. Masukkan 2 sb lebihan adunan brownies tadi dalam piping beg dan buat lorekan atau corak di permukaan adunan cheese. Ikut kreativiti sendiri. Bakar lagi 20 minit. Untuk mendapatkan permukaan cheese yang keperangan, juga api atas saja selama 5 minit. Yang ni kena jaga2. Kalau lalai, bukan saja perang, tapi ireng!!! Ngeh3.........

Selamat mencuba :D

Published with Blogger-droid v2.0.4

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)