Followers

Sunday, February 21, 2016

Jalan menuju ke langit...?

Assalam :)

Masih cerita masa cuti-cuti CNY yang lalu. Tapi ni n3 pendek ajelah...
Nak kongsikan apa ketika dalam perjalanan dari Desaru, Johor ke Melaka. Kalau korang tanya kat mana exactly akan nampak ni, memang aku tak tahu nak explain. Perjalanan kami ni mengikut GPS je. Kalau dibawaknya berpusing jalan jauh pun, kami redha je follow pasalnya memang zero pengetahuan! Hahaa


Korang tengoklah gambar atas ni... tengok yang memuncak di atas tu. Aku ni kerut-kerut kening pandang. Lama jugak aku dok mengamat apelah yang mencodak depan tu. Berbalam-balam kelabu je... kena fahamlah, pandangan mata zahir dengan pandangan dari lensa kamera yg dah diabadikan di gambar lain sikit.

Dah lajak perjalanan dan jalan tu macam menurun dari bukit barulah...... dan semakin hampir dan pandangan nampak terang... barulah nampak mcm di bawah ni haaaa

Tipah tertipu! Tipah tertipu!
(Heh, siapa yang menipu???)
Kwang kwang kwang.....

Roper-ropernye tiang jembatan daaaaaa #tepokdahi :p


Kat bawah ni permandangan semasa atas jambatan. Aku tangkap gambar di sebelah kiri sajalah. Ada kapal-kapal besar berlabuh. Jangan tangan tu sungai ka, laut apa... aku tak tau! Hakhakhakk

Anak Johor mungkin tahu ni...




And last but not least... 
Gambar bawah ni hakak nak velanje... 
Gambo tiang yang kusangkan.....

JALAN MENUJU KE LANGIT!






Tuesday, February 16, 2016

Jalan-jalan CNY 2016 - Pantai Air Papan, Mersing, Johor - Part 1

Assalam :)
Setelah berhabuk, bersawang... baru ada peluang nak huhahuha di sini.
Tak yah banyak omel... meh nak cerite ceriti perjalanan cuti-cuti mesia kami pada cuti sempena Tahun Baru Cina yang lalu. Actually, kami ni bukanlah jenis berjalan merata sangat pun. Memasing ada je urusan. Kalau en asben coti, kite tak ade order. Dan selebihnya modal xdo weih... pitih, pitih! Anak 3... macam-macam kehendak maunye :p

Okeh, kami memulakan perjalanan jam 8pg. Sebagaimana excitednya anak-anak, begitu jugalah kita yang tua ni ha... seawal jam 5 pagi kite dah bangun. Masak nasi lemak, panaskan sambal frozen, goreng nugget. Telur kite dah rebus dari malamnya. Siap semua... zooom!!!

Perjalanan menghala ke selatan taklah jem seperti perjalanan ke utara seperti yang dilaporkan di corong radio. Adalah sekali dua perjalanan jadi perlahan tapi masih boleh bergerak lancar. Alhamdulillah.

Destinasi pertama kami adalah ke Pantai Air Papan yang terletak di Mersing. Sebenarnya kite macam kurang ada hati dah nak ke destinasi ni selepas bertanya-tanya dengan teman-teman mukabuku. Seorang anak jati Johor menulis di ruang komen akan pendapat peribadi beliau yg lebih kurang berbunyi :- "daripada ke Air Papan, lebih baik ke Desaru." Kita pun ada sampaikan pada encik asben. Siap bacakan komen tu tapi macam air lalu je hahahahaaa Jadi maksudnya, dia memang nak jugalah ke destinasi itu.

Apa yang beria sangat nak ke Air Papan?
Masa kami mula-mula kenal (zaman cintan-cintun), encik asben sy adalah bercerita indahnya Pantai Air Papan ni. Dan saya pun pernah cakap saya mahu ke sana. Encik asben sy ni pernah menuntut di UTM, Skudai. Jadi boleh kata pantai Air Papan ni banyaklah kenangan dia dengan kawan-kawan. Dengan aweks??? Ahhh, biasalah... setiap orang ada kisah dan kenangan masing-masing. Saya pun ada :p :p :p


Selfie baru sampai destinasi. Angin punye kuat tak tahu nak cakaplah hoiii... mujur kite ni gems... kalau kuruih meleding, confirm melayang. Betoi, bukan melawak ye... angin memang kuat giler masa ni :(

Dalam beberapa minit kami jejakkan kaki di tepi pantai tu setelah perjalanan berjam-jam lamanya... angin datang berserta hujan. Macam nak ribut. Adoiii la.... kami decide nak cari chalet berdekatan situ. Angin-angin kuat pun, tetap juga hajat hati nak cari chalet yg mengadap pantai... hoiiiilah!

chalet kami di belakang deretan dorm sebaris ni. rasanya dorm ni baru siap dan masih belum boleh didiami sbb tgk baru sangat dan tertutup rapat semuanya.

gambar: panorama by oppo

Kalau tak silap, kami sampai dekat2 pukul 3 petang jugalah. Bekalan nasi lemak belum berusik. Dalam perjalanan tadi boleh sanggup makan nasi lemak daun pisang beli kat rnr dengkil yang boleh kata sepelaung je dari umah. Hahahaaa Pastu sebab perjalanan jauh, makanya bekalan makan jajan ada beraneka menemani perjalanan. Jadinya takdelah adegan rengekkan kelaparan dan kehausan.

Dapat sewa 1 chalet yang sangatlah memuaskan hati dengan bayaran rm120/semalam. Kalau hari biasa rm90 semalam kate encik asben. Oklah, faham sangat. Mana-mana pun memang gitu. Kalau ujung minggu atau eve season, rega jadi lain! #muntah

Alkisahkan, kami ni siaplah bawak khemah. Kotla xde penginapan yang kosong, kami ingat nak tidur tepi pantai je. Hahahaa... tapi sebab ada chalet kosong, makanya... Tapi kalau xde chalet kosong pun, haiii entahlah nak tido dlm khemah dengan angin ribut camtu. Lagi lalu tidur dalam kereta rasenye. Biarlah tidur duduk sekali pun, kan....

Masuk je chalet, perkara utama adalah bergolek-golek atas katil. Merelease urat-urat dan tulang belulang duduk saja dalam kereta. Dan yang kedua, makan!!

Nasi lemak hampir-hampir basi. Sungguh kite ni tak sangka bekalan tu nak makan bila sampai destinasi. Kalau tahu, kite masak nasi putih je. Lebih selamat. Tapi nasi lemak tu masih boleh makan dan yes, kami makan. Itulah makan tengahari dan makan malam kami!

 


Anak-anak jangan ceritalah dia orang punya excited. Lebih-lebih lagi #mierzaohmierza. Nak mandi pantai, nak mandi pantai! Sumpah tak berani beri izin dengan keadaan angin macam tu. Ombak, jangan ceritalah dia punya gulung... perghhh sangat!!!

Jadi mereka hanya masih di persisir pantai saja. Kami jalan-jalan sampai kutip kulit siput. Berebut-rebut pilih yang besar dan cantik. 

Ohsem sangat bila pelangi muncul di garis kaki langit. Subhanallah cantik sangat korang!

 

 




Dan hujan lagi... berlari-larilah kami pulang ke chalet. Hujan, angin... habislah sehari kami. Malamnya tidur awal. Nak tengok tv pun skrin bersemut hitam putih. Dalam laptop cuma ada cerita Ombak Rindu. Doklah ulang tengok cerita tu... huhuhuuuu

Day 2 - Ahad



Biasalah... pagi-pagi cari breakfast. Malam dah tak makan, pagi tu bulo memasing :p
Pilihan untuk breakfast xdelah sangat. Barangkali pengunjung pun kurang, peniaga pun masak ala-ala kadar aje. Pagi itu kami makan dengan kos rm38! O.o
Mahal? Entah!

Angin masih kuat. Ombak pun masih kuat menggulung. Nampak-nampak gaya nak reda memang takde. Orang yang berniaga kedai makan tu kate pun memang tengah musim tengkujuh. Haiii meredha ajelah :(


Masih ada masa nak jalan-jalan sebelum cek out jam 12 tghari. Beli fridge magnet utk diri sendiri dan utk Dya - birthday present/buah tangan dan ucapan terima kasih sbb bg pinjam khemah. Juga belikan Dya shawl batik. Dia mommy cekci, boleh pakai tu. Hadiah tak seberapa. Utk Dib yang bg pinjam sleeping bag, tolong amikkan khemah dr Shena (adik dya) kat opis Shena. Walaupun tak guna tapi effort org menolong n bg pinjam tu tetap dihargai. #muahciket

lepas breakfast n jalan-jalan tepi Pantai Air Papan:)

Tak sempat pukul 12tghari pun, kami dah cek out. Destinasi seterusnya ke Desaru. Perjalanan dalam 2 jam - 3 jam juga. Dengan harapan, janganlah berangin kuat dan berombak ganas. Dan dengan harapan juga, ada tempat tinggal untuk kami. Hahahaa
Kami memang tak berhajat nak berhari-hari di Pantai Air Papan ni walaupun kalau cuacanya ok. Nak berpindah-randah. Anak-anak dah besar ni. boleh buat kerja gila sikitlah. Hahaa


 


otw ke Desaru :)

Malang sekali... segalanya memang tidak menyebelahi kami. Seelok sampai, nak masuk ke paking kereta kena bayar rm4. Masuk... paking betul-betul depan laut. Dari dalam kereta pun memang dah nampak jelas, ombak menggila. Turun dari kereta, angin kuat. Lebih kurang sama je dengan keadaan di Pantai Air Papan :(
Agaknya adalah dalam 5 minit berdiri di persisir pantai.... hujan!!! Berlari-lari kembali ke kereta.
#mierzaohmierza dah menta nak mandi laut. :p

Ada 3 pusat penginapan di situ... Lotus, Tunamaya dan 1 lg xingat apa namanya. Semua Full House! So ini memang kerja gila!

Next destination decided..... MELAKA!

Before that, isi perut dulu. Ronda-ronda-ronda... nampak tempat makan ni. Dekorasi memang menggamit pandangan. Paking kereta yg kosong pun cantik2 berdekatan. Memang nak rezekilah kan... Kedai cantik... makanan pun ok... tapi lambat sikit. Sampai air pun dah nak habis. tapi tak kisahlah. Kami faham, orang ramai. Makanan nasi campur dah habis sbb masa tu dah petang. Yang ada goreng2 saja. Ikan bakar, bubur nasi pukul 6ptg nnt baru ready. Waktu kami sampai itu mereka sedang prepare.

Siap makan, nak pergi toilet. Perjalanan masih jauh. 
Mujurlah dah makan, kalau belum... mungkin patah selera. Dan mujurlah apa yang dah makan, tak keluar balik. Kalau tak... rugilah. Tandas kotor giler!!! Tempat penyediaan makanan pun berselerak dan sangatlah memualkan pandangan!!! Oh my........


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Next: Part 2

' Jalan Menuju Ke Langit??? '

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)